MH370


Terkini

Badminton

Shalin Zulkifli mengumumkan persaraan


Jeremy Renner
Shalin Zulkifli dilihat sebak mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan pada sidang media.

Shalin tukar status profesional

Shalin Zulkifli Ratu Boling Negara Sepanjang Zaman

J
elas boling tetap bertakhta di hati apabila apabila ratu sukan itu, Shalin Zulkifli tetap giat merangka persiapan bagi menyertai kejohanan sirkit profesional boling yang berlangsung di Amerika Syarikat mulai April hingga Ogos 2021 walaupun sudah mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan.

menurut Shalin, persiapan rapi sedang dilaksanakan bagi menyertai kejohanan berkenaan dalam usaha melengkapkan koleksi kejuaraan yang dimilikinya setakat ini.

"Saya akan tetap terus aktif selaku pemain boling profesional negara dan kejohanan ini ada dalam senarai saya.

"Sebabnya, saya sudah memenangi pada kejohanan Sukan SEA, Sukan Asia tetapi sirkit profesional ini saya tak capai (menang), lagi. 
"Sebab itulah, saya 'go all out' untuk mencapainya tahun ini kerana tidak tahu berapa lama lagi saya mampu beraksi (dalm sukan boling)," katanya ditemui pada sidang media khas persaraannya, hari ini.

Menurutnya, sirkit profesional boling berkenaan juga agak berbeza dengan kejohanan lain.

Katanya sirkit berkenaan memerlukan atlet mengurus dan melakukan segala persiapan sendiri.

"Sebenarnya ini bukan kali pertama saya menyertai sirkit ini, kerana saya adalah antara atlet boling negara terawal yang menyertainya.

"Lagi pun sejak kecil, saya selalu tengok yang menang sirkit ini adalah 'mat saleh,' tapi sekarang atlet kita pun dah ada yang menang dan harapnya saya pun dapat ikut jejak langkah mereka," katanya.
Jeremy Renner
Reezal mengucapkan terima kasih atas sumbangan Shalin selama 28 tahun mewakili negara.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan besar Shalin Zulkifli selepas ratu tenpin boling itu sah bersara daripada mewakili negara.

Menerusi kenyataan media hari ini, Reezal bagaimanapun berharap semua pihak menghormati keputusan yang diambil Shalin selepas 28 tahun menyumbang bakti mengharumkan nama negara dengan meraih hampir 100 pingat.

Beliau juga sudah meminta Majlis Sukan Negara (MSN) meneruskan perbincangan dengan Shalin khususnya mengenai perancangan masa depannya.

"Beliau (Shalin) seorang atlet yang berjiwa besar serta banyak terbabit dalam beberapa program yang membabitkan sokongan kebajikan kepada atlet negara. Disyorkan Untuk Anda

"Antara sumbangan beliau termasuklah sebagai Pengerusi Suruhanjaya Atlet Majlis Olimpik Malaysia di samping sumbangan kepada KBS dan MSN dalam gerakan pembangunan wanita dalam sukan.

"Ini menunjukkan betapa besarnya jiwa sukan yang ada dalam diri beliau," katanya. 


Terdahulu, Shalin pada sidang media khas, hari ini, menjelaskan dia akan bergerak sebagai pemain profesional walaupun sudah bersara daripada mewakili negara.

Selain itu, Reezal turut menzahirkan penghargaan kepada keluarga Shalin, pihak pengurusan, jurulatih serta pasukan boling negara yang turut memberi sumbangan dalam melahirkan seorang bintang dan jaguh sukan bernama Shalin.


Shalin Zulkifli mengumumkan persaraan Reviewed by Admin on 7:10 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by SatuArena © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.