MH370


Terkini

Badminton

Keputusan kontroversi acara keirin individu berat sebelah - Mohd Azizulhasni Awang


Sukan Asia: Azizulhasni tempat terakhir, Josiah Ng ketiga keirin

"Keputusan berat sebelah"

Keputusan kontroversi oleh komisar perlumbaan telah meragut peluang jaguh trek negara Azizulhasni Awang merangkul pingat dalam acara keirin individu pada temasya Sukan Asia ke-17.

Selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua berdasarkan 'photo-finish', kedudukan Azizulhasni dibatalkan oleh komisar perlumbaan selepas pelumba negara itu dikatakan menghalang pelumba Jepun Kazunari Watanabe ketika melakukan pecutan.

Berikutan keputusan itu, Azizulhasni, yang menyandang pingat emas dalam acara itu, diturunkan ke tangga tercorot.

Kesal dengan kontroversi itu, Azizulhasni berkata semasa melihat kembali rakaman video, komsiar berkata pelumba Jepun itu melakukan kesalahan pertama dan beliau melakukan kesalahan kedua semasa separuh jalan ke garisan penamat.

"Apabila menghubungi ketua komisar, sama ada ambil kira keputusan di garisan penamat atau kedua-dua diturunkan. Tapi bila tunggu lama, tiba-tiba hanya saya sahaja dibatalkan...sepatutnya Watanabe juga kena.

"Tapi saya terima juga keputusan ini sebab sekurang-kurangnya Josiah Ng dapat gangsa. Tapi saya sedih sebab keputusan berat sebelah," kata pelumba berusia 26 tahun itu.

Acara itu dimenangi oleh pelumba Iran Mohammad Daneshvarkhourram manakala Watanabe, yang menduduki tempat ketiga sebelum ini, meraih pingat perak.


Pelumba basikal negara Mohd Azizulhasni Awang


Jaguh trek berbasikal negara, Azizulhasni Awang pulang hampa apabila pingat perak yang dimenangi pada awalnya dalam acara keirin lelaki ditarik balik selepas final di Sukan Asia, petang tadi.

Pembatalan kemenangan tempat kedua pelumba yang bergelar 'Pocket rocketman' itu kerana atas kesalahan memasuki lorong pecut ketika pelumba lain sudah berada di situ dalam ulang tayang rakaman perlumbaan yang dilakukan komisar selepas menerima bantahan.

Dia ditempatkan pada kedudukan tercorot dalam perlumbaan kali ini.

Namun, skuad negara tidak kehilangan pingat dalam acara itu apabila Josiah Ng yang menduduki tempat keempat sebelum ini, meraih gangsa.

Acara itu kekal dimenangi pelumba Iran, Mohammad Daneshvarkhourram dan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe yang menghuni tempat ketiga, meraih perak.

Ia seakan-akan mengulangi insiden di Sukan Komanwel 2010 di New Delhi apabila kemenangan Azizulhasni dibatalkan kerana didakwa menunggang secara berbahaya.

Pembatalan itu membolehkan Josiah yang menduduki tempat kedua pada ketika itu diumumkan sebagai pemenang emas.

Sementara itu, Josiah yang menyuarakan pentas Sukan Asia kali ini adalah kali terakhir buatnya berdasarkan faktor usia, kecewa kerana dia dan Azizulhasni gagal mengulangi kejayaan 1-2 di Guangzhou 2010.

Keputusan kontroversi acara keirin individu berat sebelah - Mohd Azizulhasni Awang Reviewed by Admin on 11:22 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by SatuArena © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.