Penganjur Sukan Asia Tarik balik Pingat Emas Atlet wushu Malaysia Tai Cheau Xuen atas kegagalan ujian doping
PENGANJUR Sukan Asia 2014, hari ini menggugurkan pingat emas yang dimenangi atlet wushu negara, Tai Cheau Xuen selepas dia didapati gagal dalam ujian dadah.
Penganjur Sukan Asia 2014, hari ini menggugurkan pingat emas yang dimenangi atlet wushu negara, Tai Cheau Xuen selepas dia didapati gagal dalam ujian dadah, kata badan induk sukan Asia, OCA.Cheau Xuen, 24 yang menyumbang emas pertama negara di Korea Selatan didapati menggunakan dadah perangsang jenis sibutramine, kata Majlis Olimpik Asia (OCA) dalam satu kenyataan.
Beraksi dalam acara nanquan dan nandao, Cheau Xuen disahkan positif dalam ujian terhadap sampel yang diambil selepas dia menangi emas pada 20 September lalu.
"Atlet ini sudah hilang kelayakan daripada sukan ini dan juga di Sukan Asia, dan akreditasinya juga dibatalkan dan pingatnya ditarik balik," kata kenyataan itu.
Pengumuman rasmi itu dikatakan terpaksa ditangguhkan oleh OCA kerana Cheau Xuen dan Majlis Olimpik Malaysia meminta supaya sampel B untuk diperiksa.
Selain Cheau Xuen, dua atlet lain turut disahkan gagal dalam ujian sama.
Pemain bola sepak Tajikistan dikenali Khurshed Beknazarov dan pemain soft tenis Kemboja, Sophany Yi disahkan positif selepas mereka tidak mahu sampel B diuji.
Sebanyak 1,900 ujian doping dijalankan ke atas atlet yang bertanding di Incheon, kata Pengerusi Jawatankuasa Perubatan OCA, Tan Sri M Jegathesan.
Menurut Jegathesan yang juga bekas jaguh olahraga negara, terdapat tiga jenis kegagalan dalam ujian doping.
Ada kes yang membabitkan penipuan serius selepas menggunakan 'pil magis' kerana menjangka ia akan membantu mereka mencatat kemenangan.
Selain itu, ada juga atlet yang dipaksa oleh jurulatih mereka untuk menggunakan bahan perangsang.
Dan ketiga ada atlet yang terperangkap kerana 'kedegilan' mereka untuk mengambil ubat dan rawatan untuk menguruskan badan.
Atlet Kemboja, Sophany berkata kepada OCA dia mengambil sibutramine sebagai salah satu rawatan untuk kecantikan, kata pegawai rasmi sukan di negara itu.
Begitupun, OCA dikatakan tidak akan terpengaruh dengan sebarang alasan dan mematuhi sepenuhnya peraturan Agensi Anti Dadah Dunia dan senarai bahan perangsang terlarang.
Jegathesan berkata dalam dua kes sebelum ini, mereka dilaporkan tidak mengambil bahan itu dengan niat.
"Saya tidak fikir ada sebarang niat untuk menggunakan dadah ini untuk menipu," katanya.
"Begitupun, kami tidak boleh membuat pengecualian kepada peraturan ini atas dasar simpati. Kami memiliki kerja untuk dibuat iaitu melindungi atlet yang bersih," katanya.
Cheau Xuen sebelum ini dedikasikan kemenangannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan kontinjen negara di Incheon kerana menyokongnya. - AFP
Penganjur Sukan Asia Tarik balik Pingat Emas Atlet wushu Malaysia Tai Cheau Xuen atas kegagalan ujian doping
Reviewed by Admin
on
4:58 AM
Rating:
No comments: