MH370


Terkini

Badminton

Atlet wushu lelaki Malaysia Sukan Asia positif dadah


Atlet Wushu negara, Tai Cheau Xuan yang menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara Nandao dan Nanquan pada Temasya Sukan Asia ke-17 di Ganghwa Dolmens Gymnasium. - Foto BERNAMA

Atlet wushu lelaki Malaysia Sukan Asia positif dadah

Kemenangan satu pingat emas negara dalam acara wushu menerusi Tai Cheau Xuen sudah tercemar apabila seorang atlet lelaki wushu negara dilaporkan positif dalam ujian air kencing yang dijalankan Majlis Olimpik Asia (OCA).

L
aporan agensi berita China, Xianhua menyebut sumber yang rapat dengan OCA mendedahkan selain atlet wushu negara, pemain bola sepak Tajikistan dan pemain tenis lembut (soft tennis) Kemboja turut didapati positif dadah.

Ketua kontinjen negara, Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagaimanapun enggan mengesahkan atau menafikan laporan berkenaan, sebaliknya menegaskan beliau akan bertemu OCA, hari ini untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai perkara itu.

"Saya akan bertemu pegawai OCA esok (hari ini) dan kita akan cuba mencabar kesilapan

berkenaan. Saya akan membuat kenyataan mengenainya selepas itu," katanya.


Dalam skuad wushu negara, terdapat empat atlet lelaki yang mengambil bahagian dengan skuad itu akan tiba di Kuala Lumpur, hari ini selepas menamatkan acara itu, kelmarin.


Atlet wushu lelaki Malaysia Sukan Asia positif dadah Reviewed by Admin on 10:52 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by SatuArena © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.