MH370


Terkini

Badminton

Tiga atlet Sukan Asia Nepal ambil kesempatan melarikan diri cari kerja di Korea


Aksi peserta Wusyu Nepal

 Sukan Asia: Tiga atlet Nepal 'lari' cari kerja

Tiga atlet Nepal yang 'ghaib' dari perkampungan sukan di Sukan Asia, Incheon minggu ini dikatakan atas sebab cuba untuk mendapatkan pekerjaan di Korea Selatan, kata polis, hari ini.

Seorang atlet sepak takraw lelaki Nepal dilaporkan gagal untuk pulang ke negara asal mereka bersama rakan sepasukannya dari Incheon, Rabu lalu.

Manakala dua atlet wushu dari negara itu turut menjejaki langkah rakannya apabila hilang di perkampungan sukan, kelmarin.

Rakaman daripada kamera pengawasan menunjukkan dua atlet wushu itu meninggalkan perkampungan sukan ketika waktu malam bersama beg pakaian mereka. Semua atlet wushu Nepal pulang ke negara mereka, kelmarin.

"Kami mengesyaki ketiga-tiga atlet yang hilang cuba untuk mendapatkan pekerjaan di sini secara tidak sah," kata seorang inspektor polis senior di Incheon kepada AFP.

Visa jangka pendek kesemua mereka berakhir pada 19 Oktober ini dan seandainya mereka tinggal melebihi masa yang dibenarkan, mereka akan dianggap pendatang haram, katanya.

Atlet dari negara di Tenggara dan Selatan Asia sering hilang ketika berlangsungnya kejohanan sukan di Korea Selatan dan beberapa negara utama ekonomi Asia dan menjadi pendatang haram.

Seramai 16 atlet dilaporkan hilang ketika Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan.

Setiap tahun, Korea Selatan berdepan isu visa lebih daripada 10,000 pekerja asing dari Vietnam, Filipina dan beberapa negara lain bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja.

Lebih daripada 200,000 pekerja asing yang dianggap pendatang haram dilaporkan berada di Korea Selatan diambil bekerja dalam perkilangan, pembinaan dan beberapa lagi industri. - AFP

Tiga atlet Sukan Asia Nepal ambil kesempatan melarikan diri cari kerja di Korea Reviewed by Admin on 4:27 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by SatuArena © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.