MH370


Terkini

Badminton

Chong Wei rangkul kejuaraan Badminton Thaihot Terbuka China 2015!


Kickbola.net Sebentar tadi, Dato' Lee Chong Wei meraih gelaran juara Terbuka China setelah menewaskan Chen Long 21-15, 21-11 di final! Berapa banyak LIKES untuk HERO kita? 👍👍👍 #KamiTeamMalaysia
Chong Wei rangkul kejuaraan Terbuka China

Chong Wei mudah mengatasi Chen Long dalam straight set 21-15, 21-11.

CHINA: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei meraih kejuaraan bermakna  dalam Terbuka China selepas mudah mengatasi pemain tuan rumah Chen Long.

Mengetepikan sangkaan ramai bahawa beliau tidak cukup masa untuk mengembalikan stamina selepas perlawanan separuh akhir, Chong Wei menang straight set 21-15 dan 21-11 ke atas pemain nombor satu dunia itu dalam tempoh 50 minit.

Dalam set pertama, Chong Wei mengutip lapan mata berturut-turut untuk mendahului 16-8, sekali gus memberi tekanan kepada Chen Long untuk bangkit memberi tentangan.

Ini merupakan kali pertama Chong Wei menewaskan Chen Long sejak Terbuka Denmark tahun lalu.

Kejayaannya itu lebih manis selepas beliau berjaya mengatasi seteru utamanya Lin Dan di China buat pertama kali pada Sabtu.


Chong Wei muncul pemain perseorangan Malaysia ketiga merangkul gelaran Terbuka China selepas Wong Choong Hann pada 2002 dan isterinya Wong Mew Choo pada 2007.


Chong Wei rangkul kejuaraan Badminton Thaihot Terbuka China 2015! Reviewed by Admin on 4:00 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by SatuArena © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.