Sukan Olimpik Remaja: June Wei sumbang emas pertama kontinjen Malaysia acara badminton
Cheam June Wei sumbang emas pertama kontinjen Malaysia acara badminton Sukan Olimpik Remaja.
NANJING: Pemain badminton negara, Cheam June Wei mengukir sejarah dalam temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) apabila berjaya menyumbang pingat emas pertama negara menerusi acara beregu campuran antarabangsa di Pusat Sukan Gimnasium, di sini hari ini.
P emain berusia 17 tahun itu mengakhiri kemarau pingat kontinjen negara apabila beliau dan gandingannya dari Hong Kong, Ng Tsz Yau mengalahkan gandingan Tsuneyama Kanta (Jepun)/Lee Chia Hsin (Taiwan) dalam straight set 21-14 dan 23-21 pada final.Pingat gangsa diperoleh gandingan Angoda Vidanalage (Sri Langka)/He Bingjiao (China) selepas mengalahkan gandingan Narongrit Mek (Thailand)/Qin Jinjing (China), juga dengan straight set 21-16 dan 21-18. - BERNAMA
Sukan Olimpik Remaja: June Wei sumbang emas pertama kontinjen Malaysia acara badminton
Reviewed by Admin
on
6:59 AM
Rating:
No comments: