Perlumbaan edisi ke-28 Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu Kundasang 2014
PEMENANG podium Larian Antarabangsa Gunung Kinabalu kategori elit lelaki, Dai Matsumoto (tengah), pelari Malaysia, Daved Simpat (kanan) dan peserta Nepal, Hom Lal Shrestha..
Pemenang tempat ketiga Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu kategori lelaki tahun lepas, Dai Matsumoto dari Jepun, muncul juara edisi ke-28 perlumbaan mencabar itu, tahun ini.
P elari profesional berusia 31 tahun itu mencatat masa empat jam 11 minit 25 saat untuk mengenepikan juara edisi lepas dari Malaysia, Daved Simpat, 32 yang menduduki tempat kedua selepas menamatkan saingan dengan 4:19:53s diikuti pelari Nepal, Hom Lal Shrestha, ketiga.Matsumoto berkata dia menggunakan masa yang dicatat Daved 4:12:29s tahun lepas, sebagai penanda aras dan motivasi dalam persediaannya menghadapi perlumbaan itu kali ini.
"Saya berlatih di Gunung Fuji dan berusaha berlari lebih pantas dari masa yang dicatat Daved tahun lepas. Namun, laluan di sini paling sukar berbanding laluan lain di dunia," katanya kepada pemberita selepas menamatkan perlumbaan di sini, hari ini.
Perlumbaan edisi ke-28 Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu Kundasang 2014.
"Saya hanya menjalani latihan dua kali selepas perlumbaan di Hong Kong. Walaupun sedikit kecewa dengan keputusan kali ini, saya berpuas hati kerana menamatkan perlumbaan dalam kelompok teratas," katanya.
Shrestha, 33 yang pertama kali menyertai perlumbaan itu dan menamatkan perlumbaan tiga minit di belakang Daved, menyifatkan laluan saingan tersebut "berbahaya", namun gembira dengan pencapaiannya itu.
Anggota tentera Nepal itu yang menyertai perlumbaan itu dengan perbelanjaan sendiri berhasrat untuk mengambil bahagian pada saingan itu tahun depan.
Sementara itu, peserta New Zealand, Ruth Charlotte Croft, 25 meraih gelaran kedua dalam kategori wanita selepas mencatat 5:01.39s sekali gus memperbaiki catatannya tahun lepas iaitu 5:24:28s.
Claire Louise Milsom Price, 45 dari Great Britain menduduki tempat kedua dengan masa 5:37:52s sementara peserta Malaysia, Danny @ Kuilin Gongot, 47 di tempat ketiga dengan catatan 6:00:20s.
Juara perlumbaan meraih wang tunai RM8,000 sementara tempat kedua dan ketiga, masing-masing membawa pulang RM6,000 dan RM4,000. - Bernama
Perlumbaan edisi ke-28 Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu Kundasang 2014
Reviewed by Admin
on
9:15 AM
Rating:
No comments: