MH370


Terkini

Badminton

Malaysia bergaya tumbangkan Thailand juarai Siri Super ISTAF 2015


Malaysia tundukkan Thailand di Final Siri Super ISTAF

Pasukan sepak takraw negara kembali menampilkan kebangkitan dengan menjuarai kejohanan Siri Super ISTAF Malaysia 2015 menewaskan musuh tradisi, Thailand 21-7, 21-19 di pentas final.

Skuad sepak takraw negara hari ini melakar sejarah selepas berjaya membenam musuh tradisi Thailand 21-7, 21-19 pada aksi Final Siri Super ISTAF 2015 yang berlangsung di MITC Melaka.

Gandingan kapten Farhan Adam, killer Hanafiah Dollah dan tekong Syahir Rosdi sememangnya cukup mantap sekaligus menaikkan kembali nama Malaysia dalam arena sukan sepak takraw yang sebelum ini didominasi pasukan Thailand.

Keputusan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat sukan sepak takraw tanah air bagi mengubati kekecewaan akan prestasi hambar skuad sepak takraw negara sebelum ini.

Beraksi di depan ribuan penyokong sendiri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), skuad negara yang dibarisi kapten Farhan Adam, Hanafiah Dollah (killer) dan tekong Syahir Rosdi jelas menampilkan aksi cukup baik dengan Thailand seakan 'hilang arah' sebelum tumbang mudah.

Malah, Regu Thailand yang terpaksa memasukkan tekong berpengalaman Siriwat Sakha di awal set pertama bagi menggantikan Kritsanapong Nontakote namun kehadirannya tidak mengubah keadaan.

Kekalahan mudah set pertama memaksa jurulatih Thailand, Sompron Sunyabut mengubah perancangannya di set kedua dengan mengeluarkan kapten dan feeder, Panupong Petlue dan memasukkan seorang lagi killer, Suriyon Koonpimon.

Keputusan itu jelas mengubah rentak Thailand yang bersaing sengit dengan pasukan negara sebelum jurulatih kebangsaan, Abd Talib Ahmad menggantikan Hanafiah dengan Khairol Zaman Hamir.

Sekalipun disaing sengit Thailand, Khairol tidak mudah gugup dan berjaya menjalankan tugasnya dengan baik untuk menghadiahkan kemenangan dalam tempoh kurang sejam.

Dalam pada itu, Korea Selatan yang tewas kepada skuad negara di separuh akhir memenangi tempat ketiga dengan menewaskan Singapura 21-16, 21-16).


Dalam kategori wanita, Thailand muncul juara selepas menewaskan Vietnam 21-8 , 21-12.
.


Malaysia bergaya tumbangkan Thailand juarai Siri Super ISTAF 2015 Reviewed by Admin on 5:48 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by SatuArena © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.