Muhamad Fazriq Razif pengganti kepada Datuk Lee Chong Wei
ADAKAH pemain remaja ini pengganti kepada Datuk Lee Chong Wei? Anak Razif juara lagi. Cucu Sidek pengganti kepada Datuk Lee Chong Wei
P
ersoalan yang sentiasa bermain dalam kalangan peminat badminton negara dengan satu demi satu nama pemain muda menjadi sebutan tidak terkecuali anak legenda beregu lelaki, Datuk Razif Sidek, Fazriq.
Hari ini Fazriq merangkul kejuaraan kali kesembilannya di peringkat remaja di Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun selepas menumpaskan Alex Lenier pada final 21-16, 21-10.
Menurut pemain berusia 15 tahu ini, dia berasa sedikit gementar ketika di awal set pertama namun semakin lama dia mula berasa yakin selepas pemain lawan sentiasa sering melakukan kesilapan.
Anak bongsu Razif itu tidak meletakkan sebarang sasaran di kejohanan yang berlangsung di Jepun itu dan mengakui agak terkejut apabila berjaya merangkul kejuaraan.
Ditanya adakah dia sering kali menonton video bapanya beraksi pada era kegemilangan 'Keluarga Sidek' pada satu ketika dulu, Fazriq mengakui dia sudah banyak kali menyaksikan bapanya bermain ketika bergandingan bersama bapa saudaranya, Datuk Seri Jalani Sidek.
"Bagaimanapun, idola saya ialah Taufik Hidayat dan sekarang ini memang belum tetap lagi sama ada saya akan terus beraksi sebagai perseorangan lelaki mahupun beregu kerana pemain remaja kebiasaannya bermain dalam kedua-dua kategori.
"Mungkin ini masa terbaik saya mencari pengalaman terlebih dulu," katanya yang menganggap Kejohanan Jemputan Shonai adalah kejuaraan besar pernah diraihnya di peringkat remaja berbanding trofi-trofi lain sebelum ini.
Fazriq juga mengakui negara lain juga memiliki pemain remaja yang bagus terutamanya dari Eropah cuma bezanya mereka kurang dari segi fizikal berbanding tonggak remaja negara.
"Ini juga satu permulaan baik buat saya selepas disenaraikan untuk beraksi di Kejohanan Remaja Asia bulan depan," katanya yang tidak jangka disenaraikan dalam skuad berkenaan berikutan usianya masih muda.

"Set kedua saya dapat mengawal situasi dengan berjaya memenangi perlawanan," katanya.『世界バドミントン U15 庄内国際招待2019』表彰式— ミズノバドミントン (@MIZUNOBADMINTON) June 30, 2019
BS U15
優 勝 :Muhammad Fazriq MOHAMAD RAZIF(Malaysia)
準優勝 :Alex LANIER(France)
ベスト4:Daniel BIELIN(USA)、Alexander RINGBAEK(Denmark)
本日の試合結果→https://t.co/AGn3yRzQwu pic.twitter.com/a5rdxKvHz8
Anak bongsu Razif itu tidak meletakkan sebarang sasaran di kejohanan yang berlangsung di Jepun itu dan mengakui agak terkejut apabila berjaya merangkul kejuaraan.
Ditanya adakah dia sering kali menonton video bapanya beraksi pada era kegemilangan 'Keluarga Sidek' pada satu ketika dulu, Fazriq mengakui dia sudah banyak kali menyaksikan bapanya bermain ketika bergandingan bersama bapa saudaranya, Datuk Seri Jalani Sidek.
"Bagaimanapun, idola saya ialah Taufik Hidayat dan sekarang ini memang belum tetap lagi sama ada saya akan terus beraksi sebagai perseorangan lelaki mahupun beregu kerana pemain remaja kebiasaannya bermain dalam kedua-dua kategori.
"Mungkin ini masa terbaik saya mencari pengalaman terlebih dulu," katanya yang menganggap Kejohanan Jemputan Shonai adalah kejuaraan besar pernah diraihnya di peringkat remaja berbanding trofi-trofi lain sebelum ini.
Fazriq juga mengakui negara lain juga memiliki pemain remaja yang bagus terutamanya dari Eropah cuma bezanya mereka kurang dari segi fizikal berbanding tonggak remaja negara.
"Ini juga satu permulaan baik buat saya selepas disenaraikan untuk beraksi di Kejohanan Remaja Asia bulan depan," katanya yang tidak jangka disenaraikan dalam skuad berkenaan berikutan usianya masih muda.
Muhamad Fazriq Razif pengganti kepada Datuk Lee Chong Wei
Reviewed by Admin
on
12:27 PM
Rating:
No comments: