MH370


Terkini

Badminton

Kehebatan Bekas Penjual Kuetiau Sumbang Emas dan Cipta Rekod Dunia di Sukan Paralimpik Rio De Janeiro, Brazil


Bekas Penjual Kuetiau Sumbang Emas dan Cipta Rekod Dunia Di Rio. Terbaek!!!
Bekas Penjual Kuetiau Sumbang Emas dan Cipta Rekod Dunia Di Rio

Siapa sangka penyumbang pingat emas untuk negara di Sukan Paralimpik Rio De Janeiro, Brazil merupakan bekas peniaga kueh tiew di ibu kota suatu masa dahulu.

Muhammad Ziyad Zolkefli Othman yang baru sahaja mencipta rekod dunia terbaharu dengan lontaran sejauh 16.84 meter sekaligus meranggul emas dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).


Ayah mana yang tidak berbangga dengan pencapaian luar biasa anaknya malah bersyukur kerana Muhammad Ziyad telah mengotakan janjinya untuk menghadiahkan pingat emas buat keluarga.

"Masa saya hantar Ziyad di KLIA pada 1 September lalu, hari itu adalah hari jadi saya. Dia ada berjanji kepada saya akan membawa hadiah pingat emas. Kami sekeluarga sangat gembira dengan kejayaannya.


"Ziyad tidak suka menyusahkan orang. Beliau sangat berdikari serta pandai memasak. Sebelum dia ke Majlis Sukan Negara, Ziyad berniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman menjual kuetiau.

"Ziyad memang seorang anak yang tidak pernah putus asa dan rajin sejak zaman sekolah lagi. Ziyad memang suka kerja berat. Ketika bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah di Kelantan, dia melakukan kerja bina rumah apabila cuti sekolah."kata Zolkefli kepada Bernama.

Ziyad merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik dan meminati sukan sejak zaman sekolah rendah lagi.


Kehebatan Bekas Penjual Kuetiau Sumbang Emas dan Cipta Rekod Dunia di Sukan Paralimpik Rio De Janeiro, Brazil Reviewed by Admin on 6:45 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by SatuArena © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.