MH370


Terkini

Badminton

RM 1juta, Kondo, Kereta milik Wira Sukan Paralimpik Rio


Atlet-atlet Paralimpik negara kita bertaraf dunia. Malaysia telah pun meraih tiga pingat emas dalam acara olahraga hasil sumbangan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh, Mohamad Ridzuan Puzi dalam acara 100m dan Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru. Dan berkemungkinan kilauan emas dan lagu Negaraku akan terus berkemundang pada hari-hari mendatang.
RM 1juta, Kondo, Kereta milik Wira Sukan Paralimpik Rio

Sebuah kereta Kia Sportage menanti wira-wira negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio, kata Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin

Pemenang emas Paralimpik dapat kereta Kia Sportage


“Saya sangat bangga dengan atlet Paralimpik Malaysia yang berjaya membawa pulang pingat emas. Sebagai Syarikat tempatan, Naza akan menghadiahkan atlet-atlet Malaysia yang memenangi emas pada Sukan Paralimpik Rio 2016 sebuah Kia Sportage serba baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SM Nasarudin, yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berkata, pencapaian pemenang pingat emas ini tidak hanya memberi inspirasi kepada atlet lain, malah buat seluruh rakyat Malaysia.

“Atlet paralimpik kita menunjukkan keberanian mereka sekalipun berdepan pelbagai kesukaran. Inilah yang kami mahu tunjukkan bahawa Malaysia Boleh!,” katanya lagi.

Mohd. Ridzuan Puzi menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Paralimpik dengan memenangi saingan 100 meter T36 (celebral palsy) lelaki menerusi rekod baharu temasya 12.07 saat, memecah rekod Paralimpik 12.25s yang dilakukan atlet Ukraine Roman Pavlyk di Beijing 2008.


Ziyad Zolkefli kemudian meraih emas kedua bersama rekod baharu dunia dalam acara lempar peluru lelaki F20 (masalah intelektual). Ziyad melakukan catatan 16.84m, memadam rekod lama 16.59m yang dipegang atlet Australia Todd Hodgetts sejak 2007.

ARAU: Usaha gigih anak muda Kampung Paya Kelubi, Bukit Keteri di sini nyata tidak sia-sia apabila meraih pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, pada Ahad.

Abdul Latif Romli, 19, bukan sahaja menjuarai acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran) selepas menewaskan 11 peserta lain, malah turut mencipta rekod dunia 7.6 meter, mengatasi rekod lama 7.35m miliknya sendiri yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lepas.


Ibunya, Salmah Yatim, 58, berkata kejayaan anak bongsunya yang kurang upaya intelektual itu seperti bulan jatuh ke riba kerana pencapaian tersebut amat besar bagi seorang anak istimewa yang masih muda dan cetek pengalaman.

"Saya terharu dan seperti bermimpi dengan kejayaannya kerana dia antara anak yang 'nakal' tetapi dia juga yang telah membanggakan keluarga," katanya penuh sebak sambil menangis gembira.

Keluarga Abdul Latif ditemui pemberita selepas menyaksikan kemenangan anaknya secara langsung menerusi Youtube di Pusat Khidmat Parlimen Arau di sini, malam tadi.

Terdahulu pada Sabtu (awal pagi Ahad waktu Malaysia), dua pingat emas negara disumbang Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy) dan Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) yang turut mencipta rekod dunia.

Bapa Abdul Latif, Romly Mat, 63, pula bersyukur dengan kejayaan berkenaan dan berharap pengalaman berharga itu mampu mendorong anaknya untuk lebih berjaya dan berbakti.

"Saya sentiasa sokong usaha dia, jauh sekali mengharap dia meraih emas kerana apabila dia jadi 'orang' saya sudah cukup bersyukur," katanya.

Turut hadir di pusat itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan atlet paralimpik Perlis yang meraikan kejayaan Abdul Latif dengan menyanyikan lagu Negaraku. - BERNAMA

RM 1juta, Kondo, Kereta milik Wira Sukan Paralimpik Rio Reviewed by Admin on 8:17 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by SatuArena © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.