MH370


Terkini

Badminton

Azizulhasni Awang Raja Keirin di Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017


Pelumba yang bergelar The Pocketrocket Man merupakan atlet pertama negara memenangi emas di kejohanan trek dunia sekaligus menyarung jersi pelangi yang menjadi buruan pelumba. - Foto AP
Azizulhasni raih emas acara keirin di Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017

Pelumba negara, Azizulhasni Awang muncul Raja Acara Keirin selepas memenangi pingat emas di Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017 yang berlangsung di Hong Kong malam ini.

P
elumba yang bergelar ‘The Pocketrocket Man’ itu merupakan atlet pertama negara memenangi emas di kejohanan trek dunia sekaligus menyarung jersi pelangi yang menjadi buruan pelumba.

Pemenang pingat gangsa Olimpik Rio itu menewaskan pelumba dari Colombia, Fabian Puerta Zapata dan Tomas Babek dari Republik Czech.

Mohd Azizulhasni hanya berjaya memperoleh pingat perak pada 2010 di Denmark selain memenangi pingat gangsa, dua kali -- di Perancis pada 2015 dan 2016 di United Kingdom dalam acara keirin.

Pelumba kelahiran Terengganu itu juga memenangi pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.


Azizulhasni Awang Raja Keirin di Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017 Reviewed by Admin on 9:30 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by SatuArena © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.